Assalamualaikum. Lama gila tak update blog ni. Hihi. Rindu lahhh. Aku tak nak pon cakap pasal PRU13. Jangan risau. Mesti korang semua dah naik muntah kan dengar, baca ataupon tengok kat tv pasal politik ni. Hmm. Aku bukan jenis yang berpolitik. Aku budak - budak lagi. Budak yang comel okayy. Hehe. Well, tempat aku (Teluk Intan) dapat kat DAP. HAHA. Malas nak komen banyak. Cakap je. Memang majoriti penduduk kat sini memang cina pon. Tapi yang pelik calon BN pon cina jugak. Kenapa nak DAP jugak? Aku pelik. Tapi. Tak ada apa yang aku boleh buat pon. Dalam masa 5tahun aku boleh mengundi. YAY. 3tahun lagi je nak daftar. Kata tak nak cakap pasal politik. Dah alang - alang cerita je la kan?
Aduh, perut aku sakit gilaa. Ehem. Paham - paham je lah. Aku pon tak tau kenapa tiba - tiba aku nak blog? Perasaan tu tiba - tiba datang tau. Aku teringat masa interview TESL hari tu. Dia tanya aku ada blog ke tak? Aku macam 'wow'. I miss my blog. HAHA. Let's get straight to the point. Aku rasa macam aku nak cakap pasal 'love' kot. Aku lagi prefer cakap love dari cinta. Bila cakap cinta en aku rasa macam poyo betul. Sila gunakan nada macam Johan cakap masa MLM. Terima kasih :D. Aku rasa macam aku terlalu muda atau mentah bila cakap cinta. Banyak benda bila kita nak cakap pasal love ni. Topik ni macam terlalu luasss. Banyak pendapat sebenarnya pasal 'love' ni. Terlalu banyak.
YA. Perempuan memang akan idamkan perhubungan yang sempurna. Tapi kita semua tahu yang hubungan ni sangatlah merumitkan. Trust me. My relationship is very complicated. Tapi memang susah nak cari hubungan yang tak rumit sebenarnya. Ia memerlukan kerjasama, persefahaman dan kejujuran. Ingat senang ke nak dapat semua ni? So hard okay. Ianya bergantung kepada anda dan pasangan ko. Kalau bf/gf ko boleh bekerjasama dengan ko. Then everything will be perfect. Mungking masa mula - mula bersama. Lepas tu, gadoh la apa la. Yes. Its normal. Lagi - lagi long distance relationship. Ingat senang ke nak go under this relationship? Memerlukan kepercayaan dan kejujuran yang sangat - sangat tinggi dan banyak. Lagi - lagi klo ko duduk Perlis lepas tu bf ko duduk Johor. Tak ke hujung dunia tu? HAHA.
Aku dah rasa dah hubungan yang macam ni. Memang susah. Lots of sacrifice has to be made. Teardrops. Money. Time. Cheating. Trust. Yeah. Semua ni memang aku dah rasa. Jangan nak tanya rasa apa okay. Pang kang. Kan dah marah ni. Haha. Lawak je. Aku memang suka baca novel cinta. Memang suka sangat - sangat. Aku suka jugak tengok movie pasal love ni. Rasa macam sweeeeeet je. Macam kita yang rasa benda tu. Kadang - kadang aku rasa lagi feel baca novel dari tengok. Rasa macam kita yang dalam novel tu. Ish. Bestnye. Haha.
Aku ada tengok satu cerita jepun ni. Koizora (Sky of Love). Best doh cerita ni. Aku tengok dah 4kali kot. Meleleh bhai air mata. Serious. Kalau korang nak, mintak je kat aku. Rating 4.5/5. HEHE. Tinggi kan? Dapat rasa tak kebestsan cerita ni? Ada satu watak dalam cerita tu cakap. 'I shouldn't stop the girl I luv from searching her happiness.' Lelaki tu sanggup berkorban rasa cinta dia tu dekat perempuan tu. Then aku macam. Ada lagi ke lelaki macam tu dalam dunia ni? Susah nye nak cari! Tu baru la cinta sejati kan. Melepaskan orang yang kita cinta supaya dia boleh bahagia dengan orang lain. That is a really BIG sacrifice. Real big. Kalau aku lelaki tu aku tak sanggup. Kalau korang nak sangat tahu pasal cerita ni. Pergi la google. Mana tahu ada video dia sekali ke. Prepare tisu banyak - banyak okay.
Mata dah mengantuk. Relax babe. Baru pukul 12.46. What happen to you FARAH? Oh well. Aku nak cakap apa lagi ek? Aku pon dah buntu. Ni semua sebab ngantok punya pasal ar. Hilang semua idea. Ish. Persoalannya kan. Patut ke kita berkorban rasa cinta dan bahagia kita untuk orang lain? Apa yang kita dapat sebenarnya. Rasa sakit hati dan kecewa je kan? Tapi aku rasa banyak hikmah dia yang kita tak nampak. Cuba korang tanya diri korang. "Sanggupkah aku melepaskan insan yang aku sayang dan cinta untuk kebahagiaan dia bersama orang lain?". I dare YOU. TEEHEE.
Assalamualaikum. Aku dah ngantok. Jumpa lagi :)