Friday, July 15, 2011

WATTAFOORK [2]

Salam , salam 1Malaysia , selamat sejahtera , selamat membaca , LOL
okay aku nak cerita sikit ni , korang ada tak baca post aku yang sebelum ni ?
jup , aku cakap apa eh ? lupa , okay aku dah check post aku ,
yang pasal Ustaz Mad dan yang aku fenin tu ,
Okay , cerita dia macam ni , aku rasa aku ada cerita yang minggu ni sekolah aku ada buat hari interaksi kan ?
hari interaksi tu semalam , hari Khamis . Dan mama aku nak bawak aku balik jugak hari tu ,
memang la aku tau , yang aku tak boleh nak balik , sebab esoknya sekolah ,
mama aku nak bawak aku balik sebab opah aku sakit , dia jatuh kot ,
kaki dia patah lagi tu , aish , benda ni bukannnya boleh nak buat main ,
Then aku cakap la ngan mak aku , jom jumpa Ustaz Mad ( PK HEM ) sebab nak balik ,
Aku ngan mak aku pon pergi la office Ustaz Mad ni , tengoktengok dia tak ada ,
Lepas tu , ada office boy tanya , cari siapa ? Aku pon jawab lah nak jumpa si Ustaz ni ,
Lepas tu , dia cakap sebentar ya , duduk dekat situ dulu .
Then aku nampak dia " call " Ustaz Mad . Lama gak ah , aku ngan mama aku tunggu Ustaz ni ,
masukmasuk pejabat je tengok dia dah termengahmengah , I was like , pehal pakcik sorang ni ?
Dengan baik hatinya mama tanya : Kenapa termengahmengah ni ?
Dia jawab ah , dah terkejorkejor nak datang sini , lepas tu dia ajak masuk pejabat dia 
Kitaorang pon masuk ah , dia cakap ah , nak apa ni ? nak balik ke ? Mak aku cakap a'ah ,
aku pon bagi surat yang abah aku buat dekat Ustaz ni , then , dia baca ,
Dia cakap : Sepatutnya minggu ni tak boleh balik , kalau nak balik , baik dok umah , bagi budak lain yang nak masuk asrama masuk , kalau puan nak bawak dia balik , bila puan nak hantar balik ?
Mak aku jawab esok , aku pon macam huh ?! Dia cakap lagi , mana boleh ! mana boleh !
mak aku cakap , abis tu nak anto bila ? dia jawab ah , kalau nak balik boleh , tapi kena hantar balik petang ni , aku masa tu dah WATTAFOORK abis dah , aku geram + menyirap masa tu ,
Dah ah ayat dia kurang ajar gila , cakap straight to the point , sumpah aku menyampah gila weyh ,
aish , aku tahan je amarah aku waktu tu , Aku sabar je , dah ah mak aku tak bidas 1pon yang Ustaz tu cakap
Masa tu mak aku tak cukup tidur sebab jaga opah aku kat hospital , aku kesian gila tengok mak aku
muka tak larat dan penat gila , sampai hati seorang cikgu yang berpangkat PK HEM cakap macam tu dekat seorang ibu pelajar ? Lepas keluar dari pejabat tu , masingmasing terdiam , 
Mak aku cakap , mak tersentuh dengar ustaz kamu tu cakap macam tu
Mama terasa sangat , tapi betul la apa yang dia cakap tu , aku tak tau nak cakap apa dah
aku rasa macam nak nangis je waktu tu , aku tak tahan gila dengan sekolah macam ni ,
But then aku cakap ngan aku , mak , mak tunggu sini , adek nak jumpa ustaz mad jup ,
aku amik kad pulang bermalam , aku pergi office dia balik , dah ah office dia jauh
Aku usha office dia dulu , tengoktengok dia ada tapi dia ada orang lain yang tengah cakap dengan dia , budak tu pon nak balik jugak
Aku tunggu dulu dia cakap ngan parents budak tu , lama aku tunggu .
But then , Ustaz panggil aku , aku bagi dia kad PB tu , lepas tu aku cakap ,
Ustaz , tak boleh balik jugak ke ? Kalau saya balik , siapa nak hantar saya balik ?
opah saya ada dekat Ipoh , mak saya cakap , opah saya dah checkout dari hospital Teluk Intan dan dah sampai dekat hospital Tun Fatimah dekat Ipoh , Dia jwb ah , mana kamu tau ? mak saya ar cakap , kalau ustaz tak percaya , telefon mama saya , tolonglah ustaz , saya nak balik , saya merayu , aku hampir nak nangis dow , peh tu dia jawab , YELAH YELAH . ADOI.. ADOI..
NAH ISI BORANG NI , aku isi ah , and aku masuk pejabat dia , bagi dia surat tu
aku bagi dia kad PB aku , dia tandatangan and cakap kenapa tak isi ni ? lepas tu dia jeling
Aku macam dah tak ada perasaan masa tu , so aku malas nak layan jelingan dia yang ' comel ' tu ,
tibatiba handphone dia berbunyi , and dia terus tak nak tengok aku , aku macam malas nak layan
aku cakap thanks and terus belah , aish , aku rasa lega gila boleh balik 
Aku cakap ngan mak aku , mama , ustaz bagi balik , kenapa ? adik merayu dekat dia
aku tunjuk surat kelepasan nak balik , then aku pon masuk asrama and packing ,
aish , aku lega gila dapat balik , Thanks to ALLAH .
AKU TAK SEMEMANGNYA TAK PUAS HATI DENGAN PK HEM AKU 
tapi aku berterima kasih jugak dengan dia sebab bagi aku balik ,
sepatutnya dia considerate sikit , opah aku sakit kot , kalau dia meninggal macam mana ?
aish , aku dah ah ada satu opah je ? kalau dia dah tak ada ustaz nak jadi opah saya ke ?
fikir la , jangan fikir diri sendiri je , aku paling tak puas hati bila kawan aku yang mintak balik sebab akak dia balik , dia kasi , aku yang opah aku sakit ni macam mana ? lagi urgent ! AISH 
dah tutup cerita , aku malas nak cakap banyak , Im glad im home  




BTW ! HAPPY BIRTHDAY TO AMIRA BT. MOHD RAFIE 
Kau dah tua ! HAHAHA  

2 comments:

  1. ohh, i see. so that's why eh? i like the way yur mom asked "Kenapa termengah mengah ni ?"
    kalo la PK HEM keje kt tmpat sye, meme kne hentam kot? LOL.

    ReplyDelete
  2. yeah , dengan baik hatinya tanya kot..
    HAHA , hentam je , klo sy da pecat tros ,

    ReplyDelete